Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, August 12, 2011

=)

Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan yang terbaik dari Allah..
Aku menerimanya dengan Redha..
Walaupun kadangkala air mata ini tumpas juga dengan kata kata mereka 
namun aku kembalikan hati, minda dan perasaan ini kepada Allah..
bahawasanya Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk ku..
Dia yang mencipta aku, maka Dia Maha Mengetahui segala apa yang dia mahu pada diriku
Aku cuma hambanya sahaja!
Jika Dia kata nak bagi.. aku syukur sangat sangat.. namun jika tidak aku pun bersyukur sangat2 juga..
kerana apa yang dari Allah adalah yang terbaik!
Dan selama ini pun telah banyak nikmat Allah yang aku dapat ! Subhanallah.. Alhamdulillah..
Apa lagi yang perlu dipertikaikan..?
Aku hidup di dunia ini atas belas ehsan Allah.. dan bila bila masa aku akan pergi juga
Aku bersyukur dilahirkan sebagai Islam di dunia yang sementara ini..
Ada misi dan visi tersendiri kelahiran aku di dunia ini..!
dan setiap kelahiran baru di dunia ini pun aku sangat gembira! terutama sekali pada teman teman ku.. samada yang baru melahirkan atau baru mengalami pengalaman hamil! aku gembira buat mu teman teman! rasa bersyukur dan tumpang gembira atas kegembiraan kamu semua.. =)

Dan pada aku sendiri..
aku akan terus berusaha, berikhtiar dan seterusnya berdoa.. tawakkal kepada Allah.. =)
 
Tadi, ada seorang akak ni.. dah macam pangkat ibuku sendiri .. lama tak jumpa dia
kami berpelukan erat..
dan tiba tiba.. dia memegang perut ku,lalu menggosok gosoknya =)
''InysaAllah.. ada la tu nanti.. " katanya sambil tersenyum..
hmm.. =) aku cuma tersenyum simpul..
seketika terasa sebak di dada..
InsyaAllah...

Semoga kita semua diberkati Allah......


Aku hanya insan yang masih memperbaiki diri..
salah silap berbicara harap dimaafkan..



4 comments:

Mimy Hamid said...

bersabarlah teman...masa mu kan tiba...rezeki dari ALLAH tak de sapa boleh pertikai...selagi ko bahagia bersama suami manfaatkan nya...aku doakan ko juga

ZR said...

jgn sedih2... berdoa aje selalu..tu senjata kite...tuhan tidak pernah menghampakan hamba ye...

Unknown said...

sayangku kella..
tika ini hanya yang merasai tahu sakit.. sedih.. dan pelbagai rasa didalam...

tabah dan berusaha dik.
insyallah.. pasti ada.....

Deanna Yusof said...

org tua2 cakap... curik lesung kat rumah orang ramai anak... InsyaAllah... hanya Dia tau yang terbaik untuk kita.. ---Tak baik mencuri yerr--- hehehehehe


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker