Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, January 30, 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
agak dah 2 hari tak mengemaskinikan blog ni..
agak agak baru nak berhabuk kot..
rasa macam lama je.

aku telah diserang penyakit demam panas 2 hari lepas...
kata abbi panas kat badan aku sampai boleh buat dia melecur kalau sentuh!
amboi.. amboi...
tapi dia lah yang dok bertungkus lumus menjaga aku siang malam..
orang tengah sakit sakit pun sempat lagi dia buat lawak!
dia jadikan aku sebagai bahan ujikajinya pula!
yelah.. badan tengah panas kan.. kalau kena menda sejuk memang teruk rasanya!
suka sangatla dia, bila dengar aku mengaduh bila diletaknya tuala sejuk air batu atas muka aku!
pastu dia gelak bila tengok aku menjerit..
hehe.. katanya bukan senang nak kenakan aku!
asyik aku kenakan dia je!
hmmm... orang tengah sakit tu.. sempat lagi..
tapi dia lah yang dok bawa minuman.. turun belikan 100 plus tetengah malam
paksa jugak aku minum air masak banyak banyak!
sudahnya asyik ke toilet je aku..
tapi betul.. lepas tu kebah dah sikit..
Gambatte!!
terima kasih dealova!
Alhamdulillah.. kuasa Allah semuanya..

sekarang tinggal batuk pulak!
sampai sakit tekak ni..
perit...
pening kepala pun masih ada..

apa pun ini lah ujian dari Allah untuk aku..
ujian yang menghapuskan dosa dosa kecil...

terima kasih pada yang sudi singgah singgah sini bertanya kan khabar...
terima  kasih atas ingatan tulus ikhlas itu..


sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sementara..
Akhirat jua yang kekal menanti..

4 comments:

Unknown said...

kesiannya..
semoga cepat sembuh dah bertenaga kembali.. betul ah air 100plus mampu meredakan demam

Adinda Amy Sensei said...

syukur...

kella said...

MH: belum tidur lagi rupanya ya... hmmm.. :) ntah.. kebanyakkan orang kata 100 plus mampu.. cuba aja.. kan..tapi ada rasa kesannya juga...
tapi doa berterusan.. itu yang lagi mujarab... :)
terima kasih singgah sini di malam hari..

Cik Amy: pun belum tidur lagi ya... hmm terima kasih singgah sini ! sangat hargainya!
ya.. syukur Alhamdulillah... sakit sakit ni kasi kesedaran juga.. :)

Mak Su said...

kalau demam dan tak sempat nak ke klinik or cari 100 +, minum air mata dan bacakan fatihah, angkat doa mintak disembuhkn dari demam :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker