Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, November 18, 2010

Saya Datang ni..nak bercerita kat sini.. :)

Assalamualaikum,

tak tahu nak tulis tajuk apa sebenarnya!
hehe..

so? hari ni dah kembali bekerja.. setelah sehari berhari raya AidilAdha..
macamana dengan sambutan korang?
semestinya disambut dengan gembira kan..
ada yang mabuk lemang, rendang ke? atau mabuk daging?
hehe sebab kat opis ni dok ada kakak2 aku yang tengah berangin je perut.. pening kepala dek penangan makan2 di hari raya semalam..

untuk pengetahuan korang, tahun ini adalah kali pertama kami tak balik kampung! beraya di KL je! huh!
mula2 tu tak rasa apa, tapi tetiba bila dengar laungan takbir..
tetiba terasa..
teringat..
rindu..
:)hmmmm

tapi kan tak boleh sedih2.. ingat pengorbanan nabi Ibrahim a.s. hati kita akan jadi kuat! :)

Pagi raya bila solat raya AidilAdha.. tengok ramai jugak orang turun solat..
uii ramai jugak ler yang tak balik kampung! heheh... takda la sunyi sangat pun.. jiran tetangga ramai..

so! hari raya masak apa kella oiiii!
semalam sangat sibuk ler main masak2 kat dapur.. sehari sebelum raya dah berasap2 dapur sampai ke tengah malam!
malam tu buat Chocolat Moist Cake, buat puding Karamel, dan buat kuah kacang makan dengan nasi himpit!
Pastu awal pagi siapkan Nasi Ayam je..
so itu sahaja lah menu yg sempat aku buat pertama kali beraya kat kl nih.. huhu.. mestiler kena buat kan, kalo tak kami nak makan ape..
mula2 plan taknak masak gak, sebab ada sedara mara yg tak balik kampung dan sahabat handai yg jemput kerumah mereka.. ingat nak bertandang rumah makcik je..
b ada kata, tak payah la masak.. nanti mesti byk mknan punya!
tapi tak best la kan..
sekurang kurangnya bila bertandang rumah mereka adalah buah tangan masakan ku untuk mereka..

memang betul pun kata b,
aku pergi rumah makcik2 bawa makanan.. balik pula, bawa balik makanan juga! pergi rumah orang tu bagi sikit.. pergi rumah orang ni bagi sikit..
uihh.. sudahnya memang mcm2 ada..

ini macam situasi balas membalas lah ni.. tradisi dulu2 aku ingat lagi..
kalau dulu, mama selalu gak bila buat makan akan beri jiran2 terdekat rasa.. sepinggan sorang.. selalunya aku dan adik2lah tukang menghantarnya!
dan mereka juga akan membalasnya, paling2 pun kalau takda apa2 , buah atau biskut pun mereka balas, ada tu mama minta pinggan balik, tak payahla balas apa2, tapi dia minta simpan dulu pinggan tu esok lusa baru nak pulang! hisshh.. mama kata takpe la tak perlu la.. yang kawan ni berkeras juga taknak pulangkan, dia nak pulangkan nanti, kira nak balas dengan sesuatulah...
hisshh.. dah sudah macam berebut pinggan pula..! hehehe
(adus.. aku melalut2 panjang pulak!)

apapun semuanya..rezeki..
rezeki.. rezeki... Alhamdulillah..
dan dapat la juga merasa daging korban.. Alhamdulillah..

kawasan rumah aku ni pula, hari sabtu ni baru buat korban..
lambat sikit la dapat merasa..

hari ni pula kat ofis..
pakat ramai2 bawak makanan yang lebih2 semalam (yg masih elok la..)
menjamu di sini pula! ramai gak geng2 yang tak balik kampung.. cuti seharilah katakan..
so kami ada..
sate, nasi himpit kuah kacang, rendang daging, rendang ayam, lemang pulut dan leman pulut hitam..,kari daging
itu semua dah cukup menghidupkan suasana.. :)

ni baru pas makan ler ni!
burrrpp! Alhamdulillah..

kenyang..

korang punya cerita macamana pula? ada cerita best untuk dikongsi?
mesti la adakan..
kalau nak tahu, mesti kena jenguk korang punya blog kan? hahahahaha...


~baru je upload gambar ni, saja nak tunjuk yg kita beraya kat KL tahun ni..
 agak terlewat namun tetap ucapkan juga kepada kamu semuanya :) ~

6 comments:

Mimy Hamid said...

rumah aku tak dtg pun smlm yer..deakt je tauuu..ada nasi tomato

kella said...

aku tak sempat beb.. ingat nak ajak ko pun datang umah aku! petang tu ingatkan nak singgah gak, nak kol ko dulu.. tapi dah kerumah makcik aku.. memanjang smpai ke malam beb.. sorry eh,,

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Best jugak dapat sambung makan kat office. Kakak nie sensorang je org Islam. Dah biasa makan bawa bekal. Hari ini kakak makan papaya dan quaker oat. Pagi dah makan nasi goreng.

Kat rumah ketupat dan lauk-pauk ada lagi tapi rasanya balik nanti dah habis kot sebab anak yang sulung dah balik asrama since last week lagi. Yang dua tu balik sekolah mesti makan juga. Kakak balik nanti habislah tu....

kella said...

ohhh.. kita biasa hadapi situasi seperti itu dulu, 4 tahun lepas.. di mana kita sorang je muslim dlm kompeni tu, jadi takdelah dapat merasa sangat time2 raya...
tapi bestnya bila time hr raya Cina kita akan dapat berkotak kotak limau dan dapat angpau juga! :)
time kuih bulan pun dapat juga, diorang kasi yang halal la..

takpe kak.. same je, lgpun kita ada family kan.. :)

Nadine said...

Kita pun beraya di KL je. Pagi di rumah mertua, petang di rumah emak. Half-half. Hehe...Nadia x masak ape2 pun tahun ni, eve of raya pun sampai rumah kul 8.30 mlm. Busy la skang..huhu.

p.s: Untung suami Kella tau dpt isteri rajin sgt. Mesti dia bangga dpt Kella yg baik hati n rajin nie :)

kella said...

amboi.. nad.. lebey ni puji2.. memalukan ai aje.. :p siyes.. jgn buat cam ni lagi tau! hohoho..

aii...nad best ler dekat2..takyah susah2 nk masak kan.. hmm masakan ibu yang tiada tolok bandingan nya! puas hati..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker