Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, October 8, 2010

Dia yang bongsu

Dia yang bongsu itu sedang menghadapi PMR sekarang..
tapi hari ni tak periksa, dia start hari Selasa lalu..Minggu depan sambung lagi..
sempat aku menelefonnya malam tu untuk berikan kata2 semangat untuk dia hadapi peperiksaan esok..
Kekla doakan yang terbaik untuk adik..
yang penting adik kena yakin dan lakukan yang terbaik..

tetiba tadi aku sangat teringatkan dia bila membelek album2 lama...
dah besar pun si bongsu ini.. hmm besar sangat, kalah abangnya, waima papanya sekalipun..
tiba2 sebak menyelubungi pula..

ingat semula masa kecik2 dulu.. dia sangat le comel! semua orang pun geram kat dia..
nakal pun nakal juga..
teringat dulu masa2 keciknya selalu gak kena marah ngan aku..
besar2 pun kena marah jugak lagi kan dik?...
maafkan kekla..
bukan kekla sengaja nak marah2 adik.. mesti ada sebab..
sebab nak tengok adik berjaya, nak tengok adik jadi orang berguna,
nak betulkan kesilapan adik...
walaupun nampak kekla ni garang.. tapi jgn sesekali menyangka diri ini membenci..
walaupun.. yela.. kengkadang tu saja melepaskan perasaan marah tu pada adik..
maafkan kekla.. tak niat untuk marah...


memang.. memang kami kakak2 dan abang seringkali marah adik dalam pelajaran kan?
bukan kami suka2 marah!
bukan kami semua buli adik..
tapi,
kami nak tengok adik berjaya..
kami dah dulu makan garam dari adik,
makanya kami sedikit sebanyak memahami keadaan.. dan sebolehnya tak mahu adik terlalu leka sehingga abaikan pelajaran..
Kami mahu lihat adik berjaya!
kami lihat prestasi adik dalam pelajaran tidak memuaskan, maka kami risau dik..
risau sangat..
risau macamanalah masa depan adik..
naik form 4 nanti dok kelas apa pula..
macamana nak ke sekolah asrama kalau keputusan tak memuaskan?
kami fikir tu semua dik..
kami berkeras mahu hantar adik ke asrama awal masuk menengah dulu,
tapi adik berkeras tak mahu pergi!
awal tingkatan 3 pun minta dok asrama lagi.. tapi? hmmm
kami tak boleh paksa adik, takut nanti lain jadinya..
adik ingat kami nak aniaya adik ke?
adik ingat kami sengaja nak pisahkan adik ngan mama n papa ke..
kita nak dia fokus ngan PMR laa..
hmm..
memang pada mulanya kekla kecewa, tapi..
ok jugaklah positifkan diri..
biarlah adik ada kat rumah..
boleh tolong mama n papa mana yang patut kan? ( tolong ke? :p)
sekurang kurangnya sebelum ke sekolah, adik mencium tangan mama dahulu, mendapat restu mama dan doa mama seiring dengan adik waktu ke sekolah..
tak apa lah... berkat seorang ibu..

kekla suka dengar baru2 ni masa papa telefon, katanya adik selalu berjamaah kat masjid dekat rumah untuk sembahyang maghrib/isyak..
seronok kekla dengar dik..
Ingat lagi masa kecik2.. adik kata nak kumpul duit ...
nak bawa mama n papa pegi mana?
" nak bawa mama ngan papa gi Mekah.."




















seluar koyak.. gigi rongak.. tgn tak lepas ngan permainan!

Apa pun dik.. adik yang terbaik..


busuk busuk adik pun adik kami semua juga.. anak bongsu mama dan papa..

Dah besar pun sekarang... suara dah garau pun, tapi perangai cam bebudak lagi! happening!
















Si bongsu ni sangat kuat ikatan kekeluargaannya!
Dia memang sayangkan adik beradiknya..
(tapi cakap orang taknak dengar!)
Si bongsu ni hatinya sensetif..
nampak je besar...
tegur teruk sikit ingatkan kita tak sayang dia pula..
hek elleh.. debik kang!

masa yang paling dia tak suka ialah saat dan ketika menghantar kakak2 dan abangnya ke station bas untuk pulang ke kolej!
lepas je diorang pergi.. adik akan tiba2 senyap dan dia akan menyendiri dalam 3-4 hari kata papa..
yelah sunyilah kot..
semua orang dah balik tempat masing2 tinggalkan dia seorang kat rumah..
masa dia kecik2 dulu memang dia tak dapat terima,
kenapa semu orang nak kena pegi?
tak bolehke belajar je dekat rumah...
kenapa suka nak pergi jauh2..
hahaha...
dia ni memang suka mengomel pun!

hmmm.. itulah dia adik.. si bongsu kami..
dah besar2 pun masih mahu kami panggil 'adik'! kalau panggil 'Fahim', mesti dia tak puas hati..

Berkat nama Fahim kot, dia ni orangnya memahami juga, sangat memahami..dan mengambil berat dengan keluarganya!

bersalam pun mahu cium pipi 2-3 kali!
salam cium cium.. salam cium cium.. salam cium cium...
selalu nak mama bg perhatian pdnya, kalau tak, dia akan mengomel yg mama dah tak pedulikannya lagi.. dia memang suka menempek ngan kami... budak ni..

**************************************************

Semoga adik sukses di PMR, harapan masih ada dik... jgn mudah mengalah! walaupun keputusan percubaan tidak segagah mana, tapi itu tak bermakna adik boleh menyerah kalah,
semoga Allah permudahkan segalanya..
kekla mohon juga mungkin ada Tuah! untuk adik di PMR ini! nasib2 baik adik dapat soalan yang biasa biasa adik buat ke.. yang adik memang aim ke..kan.. manalah tau..kita mengharap pada Allah je..

IringJeling: Panjang lebar aku bercerita tentang budak bertuah ni! teringat pula ke dia, dia sedang cuti sekarang ni, telefon tadi tak diangkat pula! budak bertuah!

update: tadi tepon sekali lagi, papa angkat, papa kata adik baru keluar kejap tadi..
ingat dik...ko jangan isap rokok dah la dik!

8 comments:

MOFASAD said...

gud luck dia!!!

Amieynna Amin said...

all d best untuk si bungsu..
smoga bjaya dlm pmr..

Unknown said...

bestnya dapat baca kisah fahim
besor panjang, tapi bak kata kella...gelagat/perangai mcm budak2

ayu pun ada adik lelaki..dialah satu2 wira kami..sbb semua perempuan..
takut gak amik rokok...trend budak2 skrg...risau2...

Nadine said...

awwwh, kakak yg sweet u ni Kella. Good luck and all the best to ur adik. Chaiyo'!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sebaya ngan anak buah aku ni..ambik pmr dah...fahmi kasi sapu bersih kemudian mintak hadiah kaw kaw

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

standart la...kalau da nama anak bongsu tu, mmg cmtu
sama ngn adik aku.kl aku ngn mak aku nk balik sri kembangan, abis 1 muka mak aku die cium kl blh xnk lepas.kl mengada ngada tu jgn ckp la..time aku dl, kl mengada ngada cmtu kene marah da, tp time die, maka ayah aku leh layan je die.hampeh
jelous ni



pe2 pun, gudluck utk adik ko n adik aku yg nk SPM..hehe

Mak Su said...

selamat berjaya untuknya

kella said...

Farid: tengkiu.. :) moga ada luck!

Amieynna: terima kasih.. itupun bagai doa untuknya..terima kasih.. :)

Kak Ayu: iya.. dia yang bongsu ni mmg kena tengok lebih sikit.. kot2 tersasar.. maklumlah, kakak2 abgan semua dah jauh2.. takut di pusing nya mama n papa kat kg tu.. hmm tengkiu kak..

Nadine: terima kasih ya! doa tu! moga dimakbulkan oleh Allah.. InsyaAllah.. sentiasa mengharapkan kejayaan untuk nya! kalau lah dia tahu betapa kita nih... hmmm thanks nad!

Brutalsolo: hehehhe.. tak kisah punya! kasi lah sapu abis sehabisnya! nak apa nanti mintak je! kalau tak mampu pun kami usahakan juga! janji result best! jgn ko minta kereta sport dah le.. huhuhu.. terima kasih.. ! :)

Kamen! hahahahah.. lawak pulak! heheheh... same ler diorang tu! dah nama pun bongsu kan? hehehe.. time dulu tak boleh, cuba kau cuba buat sekarang.. hehehe.. takut lak nanti mak ko kata buang tebiat lak kan! heheheh.. takpe.. takpe.. sayang kita tak tunjuk2 kan..
ok! gud luck also to adik ko yang nak spm! spm lagi penting! semoga dia sukseessss! :D

Maksu: terima kasih maksu doakan untuk adik kita.. moga moga berhasillah.. tq :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker