Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, August 26, 2009

Very da SIMPLE

Ok, akak-akak... adik2.. siapkan pen dan kertas ye..resepi kita untuk hari ini ialah,
Colek Malas dan Telur Bungkus ya...
haha.. itu lah ayat2 cinta yang selalu aku n adik2 aku ajuk, konon2 main msk2 cam chef..

Menu buka untuk posa hari ke-4, very da simple one..

Colek Malas atau dikenali cucur udang , resepi dari arwah nenek ku, aku pun tak tahu nape di panggil 'colek malas'? kalau org belah timur panggil 'colek' itu.. sebagai sos! yg itu aku tahu la.. tapi tang 'malas' tu.. i've no idea at all.. adakah lepas makan ini akan mjadi malas?! wallahua'lam!
Cucur ni juga adlah kegemaran my beloved hubby! haha.. semalam b kena dera kat dapur.. soory ya b, bukan ape, me nak u mrasa sendiri hasil titik peluh u! chewah.. (idok le sampai bpeluh pun... potong bwg ngan sayo je..)

Ini je le santapan kami berdua semalam! nasi n kurma tu semestinya ada! ini pun dah kenyang sangat dah.. semalam cam buntu2 je tak tahu nak msk pe lagi! (maklumla ilmu masak memasak ni msh lagi terhad..!)

********************************************************************


~ kali ni cucur aku tak byk minyak! siap udang segala.. garing maring..~


~ sos pencecah dgn mayonis... baru terangkat...~

Bahan2 yg diperlukan untuk mbuat 'colek malas' aka cucur udang! (semua bhn2 adalah agak2 je, bhn2 sayur boleh dilebihkan kalau suka!)

-tepung gandum 3-4 cwn, sebiji telur, mentega 1-2 sudu besar, garam ,gula air, (agak2 la hingga pekat)
kacau semua bhn tadi hingga sebati.

- Bawang besar2 lbu, Daun kucai, daun bawang, taugeh, kangkung, ikan bilis (optional)

  • mula2 ambil 1 labu bwg besar, tumbuk sekali dengan ikan bilis (tumbuk lumat) - masuk dalam adunan tepung tadi.
  • kemdian, bhn2 lain tu di potong kecik, terus juga masukkan dlm adunan tepun tadi,
  • biarkan dalam freezer 30mnit-1jam, pastu, goreng la. tak simpan dlm freezer pun boleh..

************************************************************

Resepi ke 2- Telur bungkus daging hancur! (idea datang bila tengok blog si Mimy resepi 'telur hancur' nya tu)

kalo mau try leh ler..

Telur Berbungkus Daging Hancur

  • 2 ulas bwg putih, di ketuk dan di cincang halus
  • 1 labu bwg besar, dipotong dadu
  • lada kering kisar, sos tiram, garam secukup rasa
  • capsium di potong dadu
  • 1biji tomato dipotong dadu
  • carrot di potong dadu
  • daun bwg dipotong dadu potong halus.. (asyik main dadu jer!)
  • daging cincang 1-1 1/2 cwn, ikut suka nk byk lagi sedap!

-sebelum tu, pecahkan 2 biji telur, kacau hingga sebati, goreng telur (nipis/leper, untuk balut daging tu nanti), kemudian letak tepi.

-Tumis semua bhn 2 bwg tu+ lada kering- hingga garing, masukkan daging, masak sehingga kering air, +sos tiram+garam+semua sayur2 di atas, goreng2 lagi hingga la siap.

-letak daging atas pinggan, letak pulak telur yg digoreng nipistu atasnya, kemudian selit2 keliling telur tu kat bwh dging tu..( itu caraku, coz cam tak reti je nak balut cam ner..)

TIPS: gunalah daging cincang yg biasa yg dicincang sendiri atau siap cincang dr Tesco, crefour, Giant, jgn pkai cap Ramli atau Azmi yg siap packing tu, coz rasa dia kureng, pastu byk urat2 dging yg keras di kisar sekali! tak best!






2 comments:

Mimy Hamid said...

resepi mu boleh diikut ni..hehe

kella said...

ye ler.. simple n senang je kan?!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker