Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, August 24, 2016

Monday, August 22, 2016

Keria Gula Melaka

Assalamualaikum,
Dek kerana terliur sangat tengok orang makan Keria Gula Melaka yang dari Melaka tu kan.. aku tekad untuk buat sendiri juga.
Resepi ni aku guna resepi Kak Azlita masam manis yang sangat manis orangnya.. kak Azlita ambil resepi Chef Hanieliza.
Terima kasih.. semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat akak2 kita berdua.

di bawah disertakan resepinya.

ini terlebih gula sudah.. kerianya sikit je.. gula lebih.. hihi.. manih letting..





MyKitchen's Recipe


KUIH KERIA
By: Chef Hanieliza
Source: 1 Hari 1 Resepi



500 gm keledek ( aku pakai keledek putih- konon2 nk ikut betul2 macam Keria Antarabangsa Melaka tu.. hhehe)
1 cwn tepung gandum
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
1 cwn gula ( tukar gula melaka)
1/2 cawan air



"DO IT YOURSELF"


Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil
Masukkan keledek, garam dan air secukupnyer ke dlm periuk dan rebus hingga empuk.
Setelah empuk, angkat, toskan airnyer dan lecek keledek hingga lumat.
Gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng dlm minyak panas hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknyer
Kemudian dlm kuali lain, masak gula hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.



Untuk mendapatkan kuih keria gula melaka, tukarkan aje gula pasir tu kepada gula melaka.

Selamat Mencuba.







Thursday, August 18, 2016

Allahu.. Alhamdulillah!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahu.. lamanya aku tak update blog weh... wahhhhh setahun lebih...??? ohh nooo
ada ke lagi sahabat sahabat alam maya ku yang dulu dulu seangkatan yang masih aktif .. mesti ada punya, nanti sat nak pi terjah la.. ketuk pintu Assalamualaikum, agak2 kenal ke tak lagi.. hihi..

So apa nak kemaskini?
yaa.. 2 hari lepas Hari Lahir aku.. umur dah makin meningkat weh...
sebenarnya hari lahirku ialah.. hari untuk aku menghargai ibuku.. Mama..
mama yang terhebat. Terima kasih mama kerana tanpa mu dengan izin Allah aku tidak berada seperti ini sekarang. Alhamdulillah atas segala kurniaanMu ya Allah... minggu lepas sebenarnya baru balik kampung! seronok! tenang! damai semua ada! Rindukan Ammar juga dapat duk lepak dengan Ammar beberapa hari best sangat ! wangiii jeee... siapa Ammar? hehe.. nanti kita cerita k! =)
Alhamdulillah Allah kasi peluang dapat bersama dengan mereka walau untuk seketika. Semoga Allah sentiasa memberikan peluang yang berkualiti untuk kami sentiasa bersama sama.



Semalam pun best! sekarang kan tengah Olimpik! aku peminat badminton ni memang tak lepas peluang la sokong kan... semalam bergu campuran kita tewas dengan Indonesia di peringkat akhir! tapi bagi aku tidak mengapa! mereka kalah bermaruah! mereka telah cuba sedaya upaya apakan daya Indonesia lagi hebat kan.. tidak mengapa, mereka telah tamatkan kemarau tanpa pingat acara badminton untuk Malaysia bagi acara bergu campuran. Bukan itu sahaja! mereka bukan sahaja mendapat pingat Perak, malah mereka adalah bergu campuran pertama yang berjaya masuk ke suku akhir, separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir! berjuta juta kali tahniah untuk pasangan bergu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di Olimpik Rio 17hb August 2016. Anda tidak kalah! anda Menang! Menang!

Nak cerita Raya dah lepas pula... sampai hati aku kan.. lansung lupa belog!
takpe la ada hawa2 sikit lagi Raya tu.. Selamat hari raya maaf zahir batin untuk pembaca dan kawan2 blog yang masih kenal ku.. hehe.. nanti kita sambung raya haji nanti plak k..

ok, kita kemaskini cerita itu sahaja dulu k..
nanti letak gambar.. biar gamba berbicara seketika.. =)

love muchossss...
Ini yang best tengok semalam.. ok apa dapaat Perak!! ada pula la duk viral pagi ni.. akhbar Kosmo, di kali highlight panas plak pagi, adaka katanya depa dua pemain ni, hampakan jutaan rakyat Malaysia??? weehhh.. kami ok la, kami suka yang depa dapat masuk final pun tak abis lagi.. aisshh x sempat nak berasa hampa la weh.. depa dah cuba yang terbaik weeehhh.. im proud lagi ada lah! susah payah depa weh... hargailaaa sekurang kurangnyaaa... humm... ( eh.. emo plak!)


Gamba raya sikit je kasi.. ini dengan sahabat2 BAM... semua PA hehehe.. tq Ecjah jadi tuan rumah. =)


~ sandwich roti whole meal... bekal dan bisnes ~

~nasi kerabu in da housee.. buat hujung minggu lalu tempahan kawan kawan~

ate.. ghopenyaa... ate banyak beno tumissnyaaa... eh... hehe.. nampak 2 pinggan tu, ini untuk jiran ni.. kasi sekali pinggan lama dah.. huk huk..

~ini satu lagi pasangan harapan.. kebanggaan! #malaysiaboleh


~ masak salmon grill with caramel onion masa tengok badminton bergu atas tu.. hehe

~ 2 hari lepas buat fisio lagi.. demi kepasang kaki yang sempurna...  Insya Allah moga Allah permudahkan... humm lama juga nak sembuh sepenuhnya.. nanti2 aku cerita apa jadi.. hum..

semoga ketemua lagi ya! Insya Allah.




Friday, May 15, 2015

selamat pagi!!

Assalamualaikum,
Apa khabar semua kawan2..
selamat pagi...

Jgn lupa ambil sarapan pagi yaa..
semoga hari kita semua dipermudahkan da. Dirahmati Allah...






Tuesday, February 24, 2015

Tenang tenang sahaja, mari makan brownies!


Assalamualaikum,

kata seorang sahabat, dia dah ketagihan yang amat teruk..
ketagihan apa tau...?


ketagihan makan brownies!!!
wahhahahahaha....
macam macam ketagihan dalam dunia ni...

kebelakangan ni, asyik buat brownies je, hari2 brownies..
brownies pula kedut2..
alhamdulillah..
kedut tang brownies je cukup ok...
jangan pergi tang mukaa yaa..
oh no.. no no..





Tuesday, October 14, 2014

Qaseh Gold

Bismillah...
Assalamualaikum...

Inilah Qaseh Gold keluaran Ana Edar...
untuk rujukan sahabat sahabat saya yang sedang mencari cari maklumat tentang Qaseh Gold ini... yang sangat
sesuai untuk seisi keluarga..
Qaseh Gold Kekanda
Qaseh Gold Adinda
Qaseh Gold Junior
Qaseh Gold Sole
4 jenis Qaseh yang so so sooolaris..

mengapa perlu pilih Qaseh Gold?

Kerana ianya Suci lagi bersih Bersih 
Kerana ianya Halalan Toyyibba
Kerana ianya buatan muslim tempatan yang sangat menitikberatkan soal kebersihan
Kerana ianya adalah Pemakanan Sunnah 
Kerana bahan bahan yang terkandung di dalamnya adalan bahan terpilih dan terbaik
Kerana ianya sumber pelengkap bagi tubuh badan kita
dan..... banyak lagi.. =D









Qaseh Adinda.. adalah untuk para para wanita, anak dara, ibu ibu semua pun boleh mengamalkan Qaseh Gold Adinda...
banyak sungguh khasiatnya... =)








Qaseh Gold Kekanda untuk jejaka jejaka di luar sana yang amat mementingkan kesihatan dalaman
ini lah pemakanan tambahan yang anda semua cari selama ini...
Khasiat yang terkandung dalam satu botol Qaseh Gold Kekanda cukup untuk memenuhi keperluan harian anda.



Qaseh Gold Junior untuk kanak kanak seawal 1 tahun dah  boleh mengamalkannya...
ajari anak anda mengamalkan pemakanan sunnah di usia yang paling muda..
namun, tidak pernah terlewat untuk mencuba sesuatu yang bagus ini.. =)




Jadi, lengkapkan pemakanan anda dengan pengambilan Qaseh Gold ini.
Sekeluarga pun boleh merasai kehebatannya Qaseh Gold.. 
Insya Allah.. dengan izin Allah semuanya..

=)

Thursday, September 25, 2014

SMILE

Assalamualaikum...

Lets smile..
Mari senyum...
Dan sebarkan kegembiraan untuk semua...
Senyumlah dari hati...
Dunia mu berseri. ..



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker